PERUTUSAN PENGERUSI DAERAH KOTA SETAR





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kerana melayari laman web rasmi PUSPANITA Daerah Kota Setar, Kedah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Alhamdulillah laman web PUSPANITA Daerah Kota Setar kini merupakan salah satu medium kepada ahli-ahli PUSPANITA terutamanya PUSPANITA Daerah Kota Setar untuk berkomunikasi, berkongsi dan memperoleh maklumat khususnya berkaitan aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh PUSPANITA Daerah Kota Setar dan PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman.

Sebagai Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar, saya berharap dengan adanya laman web ini dapat menyalurkan semua aktiviti dan program anjuran PUSPANITA serta diharapkan program-program tersebut dapat memberi kesan yang positif kepada semua ahli dari aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan slogan "Wanita Sepakat, Negara Meningkat".

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembangunan laman web PUSPANITA Daerah Kota Setar ini. Semoga laman web ini menjadi salah satu medium yang berguna dalam menyalurkan maklumat serta membuat hebahan bagi setiap program yang dianjurkan.

Akhir kata, saya berharap agar PUSPANITA Daerah Kota Setar akan terus bergerak aktif dalam menganjurkan program dan aktiviti yang dapat memberi ilmu pengetahuan di samping dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan khususnya serta masyarakat amnya.

Terima kasih.

Puan Puziah binti Said
Pengerusi PUSPANITA Daerah Kota Setar

Powered by Blogger.